Wednesday, March 24, 2010

Eka Cakap Banyak

Assalamualaikum..

Hari ini ruam di bawah leher Eka nampak tambah teruk. Ibu dah sapu kan pink cream yg amik kt Pusat Rawatan Impian tu. So far cream tu memang the best lah utk gatal2..hopefully ruamnye bertambah ok...cian Eka..

Hari ni ibu ada urusan di luar lagi..so Eka kat umah pengasuh..nanti balik abah amik Eka sekali...Ibu plak tadi ambil gambar baju2 untuk Dania's Garden..banyak lagi x di upload..Alhamdulillah..sambutan utk ke dua2 blog ibu agak menggalakkan membuatkan ibu lebih semangat untuk memprovide yg terbaik utk kawan2 yg support ibu...


ehehe..ini gambo yg ibu snap masa tgh amik gambar baju utk upload kat Dania's Bundle..biasalah anak ibu ni kan mesti nak kacau ibu..muahsss...oh ye sekarang ni Eka dah banyak words yg keluar dr mulut Eka..antaranya:
Abah..Ma..Mama..Amma(ehehe)..ayah..habis..jom(tp x de m..jadi joo)..nak..Awww(ibu ajar meoww..jd awww plak)...shasha(kata pengasuh Eka panggil isya kwn eka tu)..and not to forget..Airrrr...best dengar Eka cakap Air..bile nampak ibu minum air..:)..

Oklah..ibu nak masak plak..kejap lagi abah dah nak balik.. menu hari ini:

ayam masak kari
sayur terung goreng lada cili..(x sabar nye)
telur goreng

lauk Eka plak:
sup ayam + kentang + carrot

ps:Nanti Eka dah pandai masak, masakkan ibu plak yer..;)

Love you,

Ibu

Monday, March 22, 2010

Cerita Tentang Eka

Assalamualaikum...

Hari ini ibu dengan semangatnya buat satu blog utk Ibu cerita pasal Eka, ibu,abah dan segala yg berkaitan dgn Eka...Hopefully by the time Eka dah pandai baca..blog ini masih ada lagi dan Eka dapat jadikan ia sebagai diari yg Ibu tulis utk Eka..Nanto Eka dah pandai baca..Eka kena bacakan kuat2 kat ibu tau...:)

Hari ini ibu hantar Eka ke rumah pengasuh kerana ibu ada urusan di luar.Sebenarnya ibu nak upload baju untuk blog kite tu..tp tiba2 rasa nak menulis dulu..hehehe..Untuk pengetahuan Eka..ibu ada blog jual baju baby tau..baju untuk wanita pun ada, ibu memang suka berniaga..masa ibu belajar kt seberang laut dulu..ibu jual nasi lemak..jual greeting cards yg ibu buat sendiri..seronok Eka..sekarang ni ibu try jual baju baby dan baju wanita pulak..InsyaAllah, ibu nak buat felt crafts plak lepas ni..dan semua ini..Ekalah yg menjadi inspirasi ibu..nak tau apa nama blog-blog ibu tu?
 Dania's Garden & Dania's Bundle ...dua2 ambil sempena nama Eka..sebab Ibu sayang sangat2 kat Eka...

Oklah..ibu kena stop ni..Ibu nak gi amik Eka kat umah pengasuh..rindulah kat Eka..ibu ada belikan roti boy n walnut muffin utk Eka tau..mesti Eka suka..
Til then, 

 We Love You